top of page
HARGA SERVIS 2020.jpg

​

Setelah pembayaran dibuat kepada kami, anda secara lansungnya terikat dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Aubeena Creative.

​

Sebut Harga dan Urusan

  1. Sebut harga ini sah untuk jangka masa SEBULAN bermula dari tarikh ianya dikeluarkan.

  2. Segala urusan mesti dilakukan secara bertaip (whatsapp/FB pm/ email) bagi memudahkan kami merekod detail dan mengelakkan manipulasi dan salah faham dari kedua-dua pihak.

  3. Invoice hanya akan diberi atas permintaan (diemelkan bersama design yang muktamat)

 

Design Urgent ( segera)

  1. Projek yang diperlukan dengan kadar segera (urgent) akan disiapkan pada hari yang sama atau keesokan harinya (bergantung kepada bilangan poster) , tetapi harga akan digandakan sebanyak satu kali ganda. Namum ini bergantung kepada kekosongan slot.

 

Skop Kerja

  1. Kerja menaip text daripada gambar yang diberi dan menghasilkan konten iklan adalah SAMA SEKALI BUKAN SKOP KERJA KAMI.

  2. Semua perkataan WAJIB diberikan dalam format yang boleh di-copy oleh designer (email, whatsapp, facebook) , untuk mengelakkan KESALAHAN EJAAN yang akan membazirkan masa dan kos anda.

  3. Kami tidak bertanggungjawab terhadap segala kesalahan ejaan, tatabahasa yang terdapat di dalam material yang diberikan kepada kami

 

Waktu Operasi dan Tempoh Projek

  1. Aubeena Creative tidak beroperasi pada hari SABTU DAN AHAD (cuti hujung minggu). Kami tetap mengambil pesanan pada cuti hujung minggu tetapi segala urusan designing/revision hanya akan dilakukan pada hari berkerja ( ISNIN- JUMAAT)

  2. Design anda akan disiapkan dalam masa 1 hingga 10 HARI BERKERJA setelah material diberi, mengikut jumlah design.

  3. Jika pihak kami gagal menyiapkan design anda dalam masa 30 hari (setelah material dan payment diberi), anda berhak menamatkan kontrak dan mendapatkan baki ganti rugi (untuk design yang tidak siap).

 

Pembetulan dan Pengubahan

  1. Segala Pembetulan percuma hanya akan diberi dalam tempoh 7 hari setelah design ditunjukkan kepada client.

  2. Percuma 2 kali pembetulan kecil untuk setiap design fresh. Caj pembetulan sebanyak RM10 dikenakan untuk setiap pembetulan ketiga dan seterusnya.

  3. Caj untuk penukaran 100% design adalah sama dengan harga penuh design baru.

 

File dan Perisian

  1. Design anda yang siap akan akan diemail dalam format file JPEG/PNG (resolusi mengikut jenis design)

  2. Semua proses design kami dibuat dengan menggunakan Adobe Photoshop. Kami tak mempunyai file AI.

  3. File photoshop (PSD) hanya diberikan kepada client atas permintaan, dengan bayaran RM10/file.

 

Hak Milik dan Copyright

  1. Sebelum projek di dimuktamatkan, semua design-design yang dihasilkan adalah hak milik Aubeena Creative.

  2. Design yang dihasilkan secara automatiknya berpotensi dimuat naik( kecuali dengan notis larangan daripada client) di Website Aubeena Creative, Facebook, Instagram, Behance, Deviant Art, untuk tujuan promosi, tanpa notis dan kebenaran daripada client.

 

Aubeena Creative berhak MENAMATKAN kontrak jika client melanggar mana-mana terma atau cuba memanipulasi untuk mendapatkan lebih daripada yang dipersetujui dalam quotation.

Baki deposit akan dikembalikan serta merta.

Terma dan Syarat

Setelah pembayaran dibuat kepada kami, anda secara lansungnya terikat dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Aubeena Creative Studio.

​

Urusan dan Invois

  1. Invois ini juga berperanan sebagai Sebut Harga.

  2. Phone call dan voice recording tidak akan dilayan. Kami utamakan ketepatan dalam merekod informasi daripada anda, jadi segala urusan mesti dilakukan secara bertaip (whatsapp/FB pm/ email) bagi memudahkan kami merujuk, serta elakkan salah faham dari kedua-dua pihak.

  3. Invoice ini sah untuk jangka masa satu minggu bermula dari tarikh ianya dikeluarkan.

  4. Harga tertakluk kepada perubahan pada masa akan datang

 

Design Urgent (segera)

  1. Projek yang diperlukan dengan kadar segera (urgent) akan disiapkan pada hari yang sama atau keesokan harinya (bergantung kepada jumlah/jenis design) , tetapi harga akan digandakan sebanyak dua/tiga kali ganda (Jika harga design biasa RM100, harga Urgent adalah RM300). Namum ini bergantung kepada kekosongan slot.

 

Skop Kerja. (DESIGN SAHAJA)

  1. Kami tidak menawarkan servis menaip (typing)

  2. Semua perkataan WAJIB diberikan dalam format yang boleh di-copy oleh designer (email, whatsapp, facebook) , untuk mengelakkan KESALAHAN EJAAN yang akan membazirkan masa dan kos anda.

  3. Kami tidak bertanggungjawab terhadap segala kesalahan ejaan, tatabahasa yang terdapat di dalam material yang diberikan kepada kami

 

Waktu Operasi dan Tempoh Projek

  1. Aubeena Creative tidak beroperasi pada hari SABTU DAN AHAD. Kami tetap mengambil pesanan pada cuti hujung minggu tetapi segala urusan designing/revision hanya akan dilakukan pada hari berkerja ( ISNIN- JUMAAT)

  2. Projek anda akan disiapkan dalam masa 3 hingga 10 HARI BERKERJA setelah material diberi, mengikut jumlah design.

  3. Jika pihak kami gagal menyiapkan projek anda dalam masa 30 hari (setelah material dan payment diberi), anda berhak menamatkan kontrak dan mendapatkan baki ganti rugi (untuk projek  yang tidak siap).

  4. DEPOSIT DAN PENBAYARAN tidak akan dikembalikan jika anda gagal memberikan info dan material seperti yang diminta.

 

Pembetulan dan Pengubahan

  1. Segala Pembetulan percuma hanya akan diberi dalam tempoh 7 hari setelah design ditunjukkan kepada client.

  2. Percuma 2 kali pembetulan kecil untuk setiap projek fresh (1 Kali untuk premade) . Caj pembetulan sebanyak RM50  (RM100 untuk company profile) dikenakan untuk setiap pembetulan tambahan.

  3. KOS UNTUK PENUKARAN PROJEK 100% ADALAH SAMA DENGAN HARGA PROJEK BARU.

 

File, perisian dan PSD

  1. Design/Video anda yang siap akan akan diemail dalam format file JPEG/PNG /MP4 (mengikut jenis projek)

  2. Semua proses design kami dibuat dengan menggunakan Adobe Photoshop. Kami tak mempunyai file AI.

  3. File PSD (rasterized) dan sourcefiles yang dibeli akan diemelkan bersama final artwork.

  4. File PSD (100% layered) hanya dijual pada harga RM20/file

  5. File PSD akan disimpan selama 6 bulan, sebelum dilupuskan. Begitu juga file di Emel anda., link hanya aktif selama 6 bulan sahaja.. Jadi SILA DOWNLOAD FILE ANDA. Anda mungkin akan dikenakan charge tambahan untuk request file anda selepas tempoh 6 bulan.

 

Hak Milik dan Copyright

  1. Sebelum projek di dimuktamatkan, semua design-design yang dihasilkan adalah hak milik Aubeena Creative.

  2. Setelah dimuktamatkan, design dan sourcefiles adalah hak milik client.(kecuali premade).

  3. Preview design yang telah siap berpotensi untuk dimuat naik di Website Aubeena Creative, Facebook, Instagram, Behance, Deviant Art, untuk tujuan portfolio dan promosi.a

 

Servis selepas jualan / Aftersale Service

  1. Segala servis after sale / selepas projek anda siap sepenuhnya tertakluk kepada kekosongan dalam slot kami.

  2. Pembelian file PSD / updating design lama adalah tertakluk kepada kekosongan dalam slot kami.

  3. Jika anda pernah melanggar atau cuba memanipulasi mana-mana klausa kontrak  projek sebelum ini, kami berhak untuk tidak menawarkan aftersale service kepada anda.

  4. Aubeena Creative berhak memilih client untuk ditawarkan servis.

bottom of page